Zionis akan roboh 9 rumah di Umm al-Hiran untuk bina penempatan Yahudi

GURUN NAQAB, 25 Apr 2018 — Rejim Zionis semalam mengumumkan mereka akan meroboh sembilan buah rumah dan kebun Arab Badwi di perkampungan Umm al-Hiran bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan penempatan haram Yahudi.

Penduduk Umm al-Hiran sebelum ini menolak arahan supaya mereka berpindah ke perkampungan Horah yang berdekatan. Mereka ditekan sejak beberapa minggu lalu, di mana wakil-wakil mereka disoal siasat dan cuba dipaksa menanda tangan arahan perpindahan.

Isnin lalu, salah seorang penduduk terbabit iaitu Hussein al-Qi’an telah memfailkan petisyen di Mahkamah Pusat Beersheba supaya perobohan tersebut ditangguhkan. Namun pihak polis Zionis semalam menyosal siasat beliau.

Lebih 1,00 penduduk Arab dari bangsa al-Qi’an menetap di Umm al-Hiran sejak 1956. Mereka dihalau dari perkampungan asal dalam Wilayah Palestin 1948 oleh militan Yahudi pada tahun 1952.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts