THUBAS, 23 Mri 2016 (PICP) — Tentera Zionis hari ini menyerahkan notis perobohan beberapa buah rumah yang didiami oleh 13 penduduk Palestin di Agwar Utara, yang telah sekian lama menjadi sasaran pihak rejim.
Pihak Zionis menyerahkan 13 notis yang mengarahkan supaya kerja pembinaan beberapa buah rumah dan di Barak, dan sebuah apartmen di Kardalah dihentikan.
Rejim Zionis mendakwa kawasan tersebut terletak dalam Kawasan C, yang dikawal sepenuhnya oleh pihak pengurusan dan tentera Zionis berdasarkan Perjanjian Oslo. Akibatnya, daerah Kardalah yang terletak di timur laut Thubas itu tinggal terbiar tanpa sekolah mahupun masjid. Penduduk terpaksa ke kampung bersebelahan, Ain Baidha, untuk persekolahan anak mereka ataupun beribadah di masjid.