Zionis akan tutup sekolah Badwi Palestin di al-Quds

AL-QUDS, 15 Ogos 2016 (Maan) — Rejim Zionis memutuskan untuk menutup Sekolah Rendah al-Khan al-Ahmar di kawasan masyarakat Badwi di timur al-Quds, atas alasan ia dibina dalam keadaan tidak selamat dan persekitaran yang tidak sihat.

Pejabat Perdana Menteri Zionis mengeluarkan arahan selepas memanggil Duta Itali beberapa lalu untuk memaklumkan keputusan tersebut.

Sekolah Khan al-Ahmar terletak di kawasan E1 di timur laut al-Quds dan ke barat penempatan haram Maale Adumim. Ia dibina pada tahun 2009 oleh sebuah pertubuhan kemanusiaan dari Itali, Vento Di Terra, dengan menggunakan tayar, tanah liat dan kayu kerana pihak rejim melarang penggunaan batu dan konkrit. Peralatan sekolah disumbang oleh kerajaan Itali.

Sebulan selepas dibina, pihak rejim mengarahkan ianya dirobohkan atas alasan dibina terlalu dekat dengan jalan utama.

Masyarakat Badwi Palestin sering menjadi sasaran rejim Zionis untuk tujuan meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi. Tiga petisyen telah dibuat oleh pendatang Yahudi yang tinggal berdekatan, supaya sekolah tersebut dimusnahkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts