BAITUL MAQDIS, 6 Jun 2017 (PIC) — Buat pertama kali pemimpin Zionis mengakui secara rasmi bahawa empat Yahudi termasuk dua orang askar berada dalam tahanan pasukan pejuang Hamas.
Menteri Perang Zionis, Evigdor Liberman, membuat pengakuan tersebut dalam satu sesi soal-jawab di parlimen semalam. Beliau turut membuat ugutan bahawa keadaan di Gaza tidak akan pulih selagi mana Hamas menahan tawanan terbabit.
Hamas bagaimanapun menyebut bahawa kenyataan Liberman itu tidak membawa sebarang makna kerana rejim Zionis tidak memenuhi syarat dalam perjanjian tukaran tawanan. Mereka tetap bertegas untuk tidak mengadakan sebarang rundingan sehelum Zionis membebaskan semua tahanan yang telah dibebaskan dalam pertukaran tawanan sebelumnya.
Pada bulan April 2016, Hamas mengumumkan tahanan empat askar Zionis, lengkap dengan nama dan foto mereka. Seramai 1,000 tahanan Palestin telah dibebaskan pada bulan Oktober 2011 sebagai tukaran dengan askar Gilad Shalit yang ditawan sejak tahun 2006. Namun rejim Zionis menangkap semula puluhan tahanan yang dibebaskan itu.