Zionis akur tuntutan tahanan Hamas

GAZA, 7 Ogos 2016 (PIC) — Pihak pengurusan penjara Zionis akur terhadap tuntutan para tahanan Hamas yang menjadi syarat untuk mereka menghentikan mogok lapar dalam penjara.

Pihak rejim bersetuju menghentikan semua kaedah memeriksa tahanan secara mengaibkan, termasuk pemeriksaan badan secara bogel. Mereka turut akur kepada tuntutan supaya keadaan penjara Nafha diperbaiki.

Rejim Zionis juga akan memindah semula ketua jawatankuasa tahanan Hamas, Mohammed Erman, dari penjara Hadarim ke penjara Nafha dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan. Para tahanan yang telah dipindahkan keluar akan dibawa semula ke seksyen tahanan mereka di Nahfa, dan pihak penjara akan membenarkan buku dibawa masuk ke dalam bilik kurungan.

Seramai 400 tahanan Hamas dan Barisan Pembebasan Palestin (PFLP) melancarkan mogok lapar di penjara Nafha, Eshel dan Raymond dalam kempen “Mogok Lapar al-Karama [maruah] Kedua” bagi membantah polisi zalim Zionis ke atas para tahanan dan juga solidariti terhadap tahanan mogok lapar, terutamanya Bilal Kayed yang mogok sejak 53 hari lalu tanpa henti.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts