Zionis Arah 7 Rumah Di Ramle Diroboh Segera

LOD, 8 Dis 2015 (Maan) — Rejim Zionis Isnin lalu mengeluarkan arahan perobohan tujuh buah rumah penduduk badwi Palestin di perkampungan Dahmash yang terletak di antara bandar Lod dan Ramle di tengah wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Pegawai majlis daerah Emek Lod yang menyerahkan notis tersebut dengan diiringi oleh pasukan polis mendakwa arahan tersebut telah dikeluarkan sejak berdekad lalu, tetapi kali ini ia akan dilaksanakan dengan kadar segera. Pemimpin jawatankuasa kampung, Arafat Ismail, menyebut bahawa mereka telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi ZIonis, tetapi gagal.

Notis perobohan diserahkan hanya beberapa jam selepas seorang ahli parlimen Zionis, Zuheir Bahlul, membuat lawatan ke perkampungan tersebut untuk membentuk pelan bertindak bagi menyelesaikan masalah “kes kemanusiaan” di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts