Zionis arah hentikan pembinaan tempat mengambil wudhu’ berdekatan Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Jun 2016 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis semalam mengeluarkan arahan menghentikan kerja pembinaan kemudahan tandas dan tempat mengambil wudhu’ berdekatan Masjid al-Aqsa.

Arahan tersebut kononnya diputuskan oleh pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu, susulan satu mesyuarat tergempar di pejabatnya petang semalam. Menteri Pertanian Uri Ariel dikatakan turut meluluskan arahan itu.

Projek di bawah Jabatan Wakaf Islam al-Quds ini melibatkan pembinaan beberapa buah tandas dan ruang mengambil wudhu di bangunan al-Saraya, berdekatan masjid suci itu.

Kebelakangan ini media Zionis mencetus hasutan ke atas Jabatan Wakaf dan mendesak supaya kerja pembinaan dihentikan. Pada masa yang sama pemimpin dan kumpulan Fanatik Yahudi melancarkan kempen supaya dirampas hartanah milik orang Islam dan diluaskan kawasan penempatan haram di sekitar Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts