Zionis Arah Musnahkan Perkampungan Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 29 Mac 2015 (WorldBulletin) — Sebuah mahkamah Zionis mengeluarkan arahan memusnahkan perkampungan Susya di Al-Khalil di selatan Tebing Barat dan mengusir penduduknya atas alasan pembinaan tanpa kebenaran.

Perkampungan tersebut telah wujud sejak sebelum rejim Zionis menjajah Tebing Barat pada tahun 1967. Seramai 350 penduduk Palestin di situ bergantung kepada pertanian dan penternakan untuk menampung keperluan hidup.

Arahan mahkamah itu dilihat sebagai sebuah perancangan untuk meluaskan penempatan haram Yahudi di kawasan tersebut. Susya terletak di dalam Kawasan C, di mana pentadbiran awam dan keselamatan dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis. Kawasan C meliputi hampir dua pertiga keluasan Tebing Barat.

Undang-undang antarabangsa menetapkan semua penempatan Yahudi di atas kawasan Tebing Barat dan Al-Quds Timur yang dijajah oleh rejim Zionis pada tahun 167 adalah haram.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts