NABLUS, 24 Mei 2016 (Maan) — Tentera Zionis hari ini menyerahkan notis arahan memusnahkan perigi air, bangsal pertanian dan sebatang jalan pertanian sepanjang tiga kilometer di perkampungan Qusra di selatan Nablus atas alasan ia terletak dalam Kawasan C dan tidak mendapat kebenaran pembinaan.
Empat telaga terbabit telah dibina di bawah tajaan kerjaan Belanda, manakala tiga bangsal dan jalan pertanian ditaa oleh sebuah institusi kemanusiaan Eropah. Semuanya perlu dimusnahkan dalam tempoh 45 hari.
Sejak awal tahun ini, sekitar 600 bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Zionis, termasuk kemudahan yang dibina menggunakan dana bantuan antarabangsa.
Hampir semua pemohonan pembinaan oleh penduduk Palestin di Kawasan C tidak mendapa kelulusan pihak Zionis, sehingga mereka terpaksa membuat pembinaan secara tidak sah. Penduduk juga cuba membawa kes arahan perobohan dan perampasan tanah ke mahkamah, tetapi proses perundangan akan mengambil masa yang lama dan kos yang sangat tinggi yang tidak mampu mereka bayar.