AL-QUDS, 3 Nov 2015 (PIP) — Rejim Zionis hari ini menyerahkan surat perintah supaya merobohkan masjid Al-Qa’qa’ yang terletak di perkampungan Ein Al-Lozeh di Silwan dengan alasan masjid tersebut dibina tanpa kebenaran.
Pegawai perbandaran Zionis di Al-Quds menyerahkan perintah yang telah diputuskan pada 7 Oktober lalu, dan rayuan ke atas keputusan tersebut akan berakhir pada 7 November ini.
Ahli jawatankuasa masjid, Sami Abu Tayih, mendakwa rejim Zionis sengaja melengah-lengahkan serahan perintah tersebut agar pihak masjid tidak dapat membuat rayuan untuk menghalang perobohan.
Selain daripada menjadi tempat solat bagi 5,000 penduduk Palestin, masjid ini juga untuk kelas mengajar dan menghafal al-Quran bagi kanak-kanak.