Ringkasan

Zionis Batal Kawasan Latihan Tentera Untuk Luaskan Penempatan Yahudi

firingAL-QUDS, 8 Mac 2015 (WAFA) — Tentera Zionis akan membatalkan status zon latihan menembak sebuah kawasan di Lembah Jordan bagi memberi laluan kepada perluasan kawasan penempatan haram Yahudi di Ma’aleh Adumim. Sedangkan pada masa yang sama mereka terus memusnahkan rumah-rumah Palestin di kawasan yang dijadikan sebagai zon latihan menembak.

Kawasan Firing Zone 912, yang diisytiharkan sebagai kawasan latihan menembak sejak lebih 40 tahun lalu, meliputi kawasan Ma’aleh Adumin di al-Quds Timur sehingga ke Laut Mati di timur, dan Umm Daraj di selatan. Kawasan ini masih digunakan sebagai tempat latihan tentera Zionis.

Pada 18 Januari lalu, Major Jeneral Nitzan Alon telah menandatangani satu arahan bagi mengurangkan keluasan zon menembak sebanyak 150 dunam atau 37 ekar.

Kawasan ini terletak dalam rancangan utama Zionis bagi membina puluhan unit rumah bagi meluaskan penempatan Ma’aleh Adumin. Kerja-kerja pembinaan sudahpun bermula di kawasan tersebut, di mana pana tanda sudah dinaikkan bagi mengumumkan pembinaan 88 unit rumah di kawasan yang mereka gelar sebagai Nofei Adumin.

Pada masa yang sama tentera Zionis terus memusnahkan rumah penduduk Palestin dan masyarakat Badwi di kawasan zon menembak serta tidak lagi membenarkan mereka tinggal di kawasan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts