GAZA, 26 Julai 2016 (PIC) — Rejim Zionis semalam membatalkan kebenaran bagi membawa masuk simen ke kilang batu bata di Gaza, hanya beberapa jam selepas membuat keputusan memberi kebenaran tersebut.
Rejim penjajah pada mulanya membenarkan simen dibawa masuk ke 230 kilang bata bata di Gaza bermula hari esok (Rabu).
Zionis mengharamkan sama sekali kemasukan simen ke Gaza sejak tiga bulan lalu.