AL-KHALIL, 22 Dis 2015 (PIC) — Rejim penjajah Zionis membatalkan keputusan mereka untuk menyerahkan jasad Tharwat Sha’rawi, 72 tahun, malam tadi. Tharwat ditembak mati oleh tentera Zionis ketika memandu keretanya keluar dari sebuah stesen minyak awal bulan lalu.
Menurut pegawai perhubungan Pihak Berkuasa Palestin (PA), pihak rejim menangguhkan serahan tersebut sehingga diberitahu kemudian.
Dalam perkembangan berkaitan, keluarga mangsa pembunuhan tentera Zionis enggan mematuhi arahan rejim supaya upacara pengkebumian dilakukan pada waktu malam. Rejim Zionis meletakkan arahan tersebut sebagai syarat bagi menyerahkan jenazah mangsa kepada keluarga mereka.