Zionis batal larangan had umur masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 29 Julai 2017 — Jabatan Wakaf al-Quds mengumumkan bahawa semua pintu masuk ke Masjid al-Aqsa temasuk Pintu Hetta dibuka tanpa sekatan had umur kepada para jemaah.

Sebelum ini, tentera Zionis hanya membenarkan mereka yang beumur lebih 50 tahun memasuki tapak suci umat Islam itu.

Kenyataan Jabatan Wakaf menyebut bahawa tenetra Zionis telah mula membuka Pintu Hetta serta al-Ghawanma dan al-Malik Faisal, dan pintu-pintu lain akan dibuka kemudian.

Puluhan pemuda memasuki Masjid al-Aqsa berikutan keputusan yang dibuat secara tiba-tiba itu.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts