Zionis bawa keluar semua alat sekatan keselamatan di al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Julai 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini mengeluarkan semua alat kawalan keselamatan yang dipasang di Masjid al-Aqsa sejak 14 Julai lalu.

Semua pintu elektronik pengesan logam dan kamera keselamatan serta pagar besi yang baharu dipasang beberapa hari lalu telah dicabut dan dibawa keluar.

Penduduk Palestin berhimpun di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa, meraikan kejayaan mereka menekan rejim Zionis dengan berjaga dan bersolat berdekatan pintu-pintu masuk di luar perkarangan tapak suci itu.

Khatib al-Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani bagaimanapun menegaskan bahawa mereka akan tetap bersolat di jalan-jalan di luar masjid sehingga semua langkah dan syarat keselamatan yang dikenakan oleh polis Zionis ditamatkan.

Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memeriksa dan menilai semua perkara, sebelum keputusan dibuat.

Mufti Palestin Sheikh Mohammad Hussein menasihat semua jemaah supaya menunggu sehingga semua proses membuang sekatan dan alatan Zionis selesai sebelum masuk ke dalam masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts