Zionis bebas semula khatib al-Aqsa

AL-QUDS, 9 Apr 2016 (Maan) — Polis Zionis membebaskan semula khatib Masjid al-Aqsa, Sheikh Mohamed Salim, setelah ditangkap sejurus beliau keluar dari kawasan masjid selepas solat Jumaat, atas tuduhan membuat hasutan.

Hampir 70,000 orang mengerjakan solat Jumaat di masjid suci umat Islam itu, di bawah sekatan dan kawalan ketat pasukan keselamatan Zionis.

Dalam khutbah beliau, Sheikh Mohamed Salim menyeru penduduk Islam supaya meningkatkan kehadiran mereka di masjid tersebut, sebagai langkah untuk menghalang pencabulan oleh pelampau Yahudi yang semakin ketara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts