Zionis bebaskan kanak-kanak setelah dipenjara dalam keadaan cedera selama 2 bulan

AL-KHALIL, 26 Okt 2017 — Mahkamah tentera Zionis di penjara Ofer hari ini membebaskan tahanan kanak-kanak Haitham Jaradan, 14, kerana keadaan kesihatan beliau yang meruncing.

Pihak mahkamah bagaimanapun mengenakan ikat jamin sebanyak US$570 ke atas mangsa.

Haitham yang berasal dari al-Khalil ditahan di Pusat Perubatan Shaare Zedek dan penjara Ramla sejak hampir dua bulan lalu. Beliau ditangkap setelah cedera parah ditembak di bahagian belakangnya, sehingga menembusi perutnya. Beliau terpaksa melalui pembedahan kecemasan selepas insiden tersebut.

Ketika dirawat di hospital, beliau diikat ke katil walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Tentera Zionis mendakwa Haitham terlibat dalam serangan menikam berdekatan penempatan haram Kiryat Arba di al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts