Zionis bebaskan suspek membunuh keluarga Dawabsha

BETHLEHEM, 11 Dis 2015 (Maan) — Rejim Zionis semalam membebaskan seorang pendatang Yahudi yang merupakan suspek dalam insiden membakar rumah keluarga Dawabsha di perkampungan Duma di daerah Nablus bulan Julai lalu.

Pendatang yang tidak disiarkan namanya itu merupakan ahli sebuah pertubuhan pelampau Yahudi. Terdapat juga laporan yang mendakwa beliau adalah seorang ahli badan perisik Zionis, Shin Bet.

Beliau bersama beberapa pendatang lain membakar rumah tersebut ketika empat ahli keluarga sedang tidur, sekaligus membunuh bayi Ali Saad Dawabsha, 18 bulan, di tempat kejadian. Ibu dan bapa mangsa, Riham dan Saad, meninggal dunia beberapa bulan kemudiannya akibat kecederaan parah dalam kebakaran tersebut, di mana 80-90% badan mereka melacur. Seorang lagi anak mereka, Ahmad Dawabsha, masih berada di hospital untuk menjalani rawatan dan pembedahan.

Suspek tersebut dibebaskan dan hanya dikenakan hukuman tahanan dalam rumahnya di kawasan penempatan haram Benyamin di timur kota Ramallah untuk tempoh lima hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts