Zionis Beku Permit Kerja 1,200 Penduduk Al-Khalil

NAZARETH, 20 Nov 2015 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis membekukan permit kerja kepada 1,200 orang pekerja Palestin dari kota Al-Khalil atas alasan kerja penyiasatan terhadap kes serangan menikam Yahudi di Tel Aviv semalam.

Menurut kenyataan Channel 2, ereka akan diharamkan memasuki kawasan Garisan Hijau sehinggalah urusan penyiasatan selesai.

Keputusan pembekuan itu dibuat beberapa jam selepas kabinet Zionis memutuskan untuk mengenakan kepungan keselamatan sekitar Al-Khalil dan perkampungan berdekatan, dalam usaha mereka mengekang pergerakan pekerja dan aktivis Palestin di kawasan tersebut.

media-media Zionis menyebut bahawa seramai 52,000 penduduk Palestin memasuki kawasan Garisan Hijau setiap hari untuk ke tempat kerja mereka.

Perisikan Zionis bagaimanapun mendakwa 40,000 penduduk Palestin yang tidak mempunyai permit memasuki wilayah tersebut setiap hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts