Zionis belanja $20 bilion untuk penempatan haram di Tebing Barat

BAITUL MAQDIS, 5 Jun 2017 (PIC) — Laporan pertubuhan Macro Center for Political Economics mendedah bahawa rejim Zionis telah membelanjakan $US20 bilion bagi membina dan meluaskan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sejak Perang Enam Hari tahun 1967.

Menurut laporan yang diterbitkan pada hari ulangtahun ke-50 penjajahan Zionis ke atas Tebing Barat itu, tidak ada data rasmi perbelanjaan menyeluruh untuk penempatan haram Yahudi, tetapi data berasingan yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan Zionis setiap tahun menyatakan bahawa sekitar US$3.5 bilion telah dibelanjakan antara tahun 2003 dan 2015 sahaja.

Perbelanjaan yang dilaporkan itu tidak termasuk jumlah yang besar untuk kos pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan khusus untuk pendatang Yahudi dan kawalan keselamatan mereka. Ia juga tidak melibatkan kos penempatan haram di kota al-Quds serta wilayah Gaza, yang dijajah pada tahun 1967 namun mereka beredar keluar pada tahun 2005.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts