Zionis berkempen untuk burukkan usaha kebajikan NGO untuk Gaza

LONDON, 7 Mac 2016 (PIC) — Presiden jawatankuasa antarabangsa bagi membantu Gaza, Essam Yusuf, mendakwa bahawa institusi kebajikan dan kemanusiaan terutamanya dari Arab Saudi kini terdedah kepada kempen jahat rejim Zionis untuk memburukkan peranan Arab Saudi dalam isu kemanusiaan kepada masyarakat dunia yang memerlukan.

Dalam kenyataan beliau semalam, Essam menyebut bahawa pelobi Zionis di pengkat antarabangsa terutamanya di Amerika, telah membuat dakwaan ke atas beberapa buah institusi kebajikan sehingga menyebabkan mereka terpaksa ditutup. Namun beberapa tahun kemudian, prosedur undang-undang telah mengesahkan ketelusan institusi terbabit.

Beliau turut memberi amaran terhadap usaha untuk menutup institusi kebajikan di Arab Saudi, dan menekankan perlunya diambil langkah-langkah untuk mendukung institusi kebajikan di Arab Saudi dengan membentuk badan yang bertanggungjawab menyusun dan memantau kerja-kerja kemanusiaan dan institusi kebajikan di negara tersebut dan memelihara mereka daripada sebarang penyelewengan dan salah guna.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts