Zionis bina bilik kawalan keselamatan baharu di pintu masuk Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 25 Julai 2016 (PIC) — Rejim Zionis semalam memulakan pembinaan sebuah bilik kawalan keselamatan di laluan masuk ke Masjid Ibrahimi di al-Khalil, menggantikan sistem halangan dan pemeriksaan elektronik yang diguna sebelum ini.

Langkah ini semakin mencengkam kebebasan umat Islam untuk beribadah di masjid tersebut, sekaligus mengubah identiti asal tapak bersejarah itu.

Jawatankuasa pemulihan al-Khalil menyeru supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan UNESCO mengambil langkah serius bagi mengekang pencabulan Zionis terhadap Masjid Ibrahimi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts