AL-QUDS, 21 Feb 2017 (PIC) — Rejim Zionis dengan kerjasama beberapa pertubuhan pendatang Yahudi, termasuk pertubuhan Elad dan Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Negara, menggencar program Yahudisasi ke atas Masjid al-Aqsa dan Kota Lama al-Quds dengan membina kubur-kubur palsu Yahudi di sekitar tapak suci umat Islam itu.
Puluhan batu-batu nesan dibina di sekitar al-Aqsa kononnya menandakannya sebagai tanah perkuburan Yahudi, namun tidak ada mayat mahupun tulang manusia ditanam di situ. Laporan Jabatan Wakaf menyebut bahawa tindakan tersebut dibuat sebagai alasan untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan penggalian baharu, dalam usaha mereka untuk merampasa tanah wakaf umat Islam.
Jabatan Wakaf mendakwa rejim Zionis merancang untuk membina taman-taman Talmud dan kemudahan khusus untuk pendatang Yahudi di kawasan terbabit.