Zionis Bina Pagar Di Sempadan Jordan

AL-QUDS, 7 Sep 2015 (PNN) — Perdana Menteri rejim Zionis, Bemjamin Netanyahu, dan Menteri Pertahanannya, Moshe Ya’alon melancarkan projek pembinaan pagar keselamatan di sepanjang sempadan Jordan.

Pagar sepanjang 30 kolimeter itu dibina atas alasan untuk “menghalang kemasukan penceroboh dari timur” dan akan menelan belanja sebanyak US$765 juta.

Tahap pertama pembinaan akan bermula di Eilat dan kemudian diteruskan ke utara hingga ke kawasan Holot Samar, di utara Timna. Tahap ini meliputi hampir satu per lapan daripada 230 kilometer garisan sempadan antara Jordan dan bumi Palestin yang dijajah menjadi negara haram Zionis itu.

Menurut kenyataan Netanyahu, pagar tersebut akan akhirnya bersambung dengan pagar keselamatan yang telah terbina di Bukit Golan.

Sebelum ini rejim Zionis telah membina pagar di kawasan bersempadan Mesir di semenanjung Sinai.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts