Zionis Cadang Bangunkan Penempatan Baharu Di Kota Lama Al-Quds

AL-QUDS, 15 Nov 2015 (PIP) — Beberapa agensi media Zionis melaporkan bahawa rejim penjajah Zionis bercadang untuk membina sebuah kawasan penempatan baharu Yahudi di daerah Sahirah di Kota Lama Al-Quds.

Radio tentera Zionis mendedahkan bahawa rancangan yang diajukan oleh Kementerian Pembangunan Dan Perumahan Zionis itu bakal melibatkan pembinaan 21 unit rumah serta sebuah sekolah dan sinagog.

Namun media Zionis berkata bahawa perancangan tersebut kini dibekukan bagi menilai sensitivitinya dan kemungkinnan timbulnya kesan politik yang serius dan merbahaya.

Pemimpin Parti Jewish Home, Naftali Bennett, bagaimanapun mengecam pembekuan rancangan tersebut. “Saya bimbang jika perubahan pembangunan di Jerusalem menjadi isu politik,” kata beliau. “Kami tidak bercakap tentang sebuah penempatan di Etzihat atau Alon Moreh atau Ma’aleh Adomim atau penempatan Ghous Etzion… tetapi tentang Jerusalem.”

Kenyataan Kementerian Pembangunan dan Perumahan Zionis menyebut bahawa perancangan ini tidak sesuai untuk diketengahkan buat masa ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts