AL-QUDS, 24 Apr 2016 (PIC) — Sebanyak 12 juta shekel (RM12.32 juta) akan dibelanjakan oleh rejim Zionis untuk membina 1,690 unit rumah dan bangunan industri baharu di atas sebidang tanah penduduk Palestin di belakang Tembok Pemisah, melibatkan wilayah Qalandiya dan zon industri Atarot di utara al-Quds.
Rancangan ini bakal melupuskan semua kejiranan dan kawasan penduduk Palestin di belakang dan di dalam Tembok Pemisah, sekaligus mengubah peta sempadan di bahagian utara al-Quds.