BAITULMAQDIS, 20 Feb 2018 — Jawatankuasa Perundangan Kementerian Zionis meluluskan usul undang-undang yang membolehkan status penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Bukit Golan dibatalkan, sekiranya didapati bersalah terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.
Dengan pembatalan status penduduk, rejim Zionis boleh menghalau penduduk Palestin yang menentang mereka atau dianggap “melanggar kesetiaan kepada Negara Israel”.
Lebih 14,500 penduduk Palestin dibatalkan status penduduk Baitulmaqdis sejak tahun 1967, atas alasan mereka tinggal di kawasan luar sempadan Baitulmaqdis.
(MEMO)