AL-QUDS, 10 Julai 2016 (PIC) — Kementerian Luar Zionis dengan kerjasama pejabat kedutaannya sedang menjalankan kempen untuk menggagalkan satu deraf resolusi Palestin-Jordan di UNESCO yang menafikan kaitan Yahudi dengan Masjid al-Aqsa.
Deraf resolusi tersebut akan dibentangkan bagi undian jawatankuasa UNESCO, yang melibatkan 21 buah negara.
Ia mendesak supaya Masjid al-Aqsa diserahkan semula kepada statusnya sepertimana sebelum penjajahan Zionis ke atas al-Quds pada tahun 1967. Rejim Zionis didakwa mencabul undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva dan perjanjian The Haque dengan menyalah guna kuasanya sebagai pihak penjajah.
Zionis turut memusnahkan tempat-tempat bersejarah dan menghalang usaha membaik pulih yang dilakukan oleh kerajaan Jordan.