Zionis culik semula jurnalis Osama Shahin

AL-KHALIL, 2 Sep 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik jurnalis Osama Shahin yang juga merupakan pengarah Pusat Kajian Tahanan Palestin dari rumahnya di bandar Dura di barat daya al-Khalil awal pagi tadi.

Tentera bersama pasukan perisik Zionis memecah masuk rumah beliau, kemudian menggeledah rumah serta menyoal siasat Osama selama lebih satu jam sebelum merampas beberapa dokumen dan melarikan beliau dalam keadaan bergari.

Osama dibebaskan pada bulan Mac lalu setelah dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarangn pengadilan selama satu-setengah tahun.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts