Zionis Culik Tiga Penduduk Palestin di Bethlehem

bethlehemBETHLEHEM, 5 Julai 2014 (IMEMC) — Tentera Zionis menceroboh masuk ke beberapa komuniti Palestin di kawasan al-Askara di Bethlehem, kemudian memasuki serta menggeledah rumah-rumah dan menculik tiga penduduk.

Tentera juga memasang sekatan dan mengepung dua buah kampung di situ.

Mereka yang diculik adalah Abed Mahmoud Asakra, 21 tahun, dan adiknya, Awad, 19 tahun, serta Yousef Ali Asakra, 20 tahun. Rumah-rumah mereka digeledah hingga menyebabkan kerosakan harta dengan teruk.

Tentera Zionis turut melepaskan tembakan peluru hidup, grenad dan bom gas, menyebabkan berlakunya kebakaran. Bagaimanapun kebakaran tersebut dapat di kawal dan dipadam oleh penduduk.

Perkampungan Jouret ash-Sham’a dan Um Salmouna di sini turut diceroboh, di mana tentera menggeledah rumah penduduk dan merampas beberapa kamera keselamatan dan pita rakamannya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts