AL-QUDS, 6 Nov 2015 (IMEMC) — Rejim Zionis mencuri organ dari mayat-mayat mangsa yang mereka bunuh kebelakangan ini.
Dalam sepucuk surat kepada ketua Majlis Keselamatan PBB Matthew Rekerovi, pemerhati tetap Palestin ke PBB Riyad Mansour menulis, “Setelah menerima mayat-mayat yang ditahan dalam pembunuhan sepanjang Oktober lalu, pada doktor yang kemudiannya menjalani bedah siasat mendapati bahawa kornea mata mereka serta organ-organ yang lain telah dicuri.”
Tambah beliau, kejadian ini membuktikan kebenaran terhadap laporan kes-kes pencurian organ terdahulu.
Wakil Zionis ke PBB, Danny Danon, bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa Riyad mempunyai motif anti-Semitik.