Zionis Dera Tahanan Palestin Dalam Cuaca Sejuk

penjaraBETHLEHEM, 13 Jan 2015 (PNN) — Kelab Tahanan Palestin melaporkan bahawa pihak berkuasa rejim Zionis mendera tahanan Palestin dengan memaksa mereka tinggal di luar bangunan dalam keadaan cuaca sejuk yang melampau.

Kelab tersebut telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi supaya para tahanan di dalam penjara-penjara Zionis dibekalkan dengan pakaian sejuk dan selimut yang mengcukupi, memandangkan ramai daripada mereka dipaksa tinggal di luar bangunan tanpa sebarang alat pemanas sehingga terdedah kepada kematian atau sakit akibat cuaca dan angin sejuk.

Fail rayuan tersebut, yang ditolak oleh mahkamah, juga melaporkan tentang amalan penderaan yang dilakukan oleh para penyiasat Zionis.

Ketua jawatankuasa tahanan Palestin, Issa Qaraqe, dalam kenyataannya menyebut bahawa rejim Zionis mengambil kesempatan dari cuaca sejuk untuk cuba membunuh para tahanan kerana penyiasat mendedahkan mereka kepada cuaca sejuk bagi memaksa mereka membuat sesuatu pengakuan.

Bahkan pihak berkuasa Zionis juga pernah melaporkan insiden seperti ini pada tahun lalu di mana kanak-kanak Palestin ditempatkan di dalam sangkar di luar bangunan ketika ribut musim sejuk melanda.

Sekitar 7,000 rakyat Palestin masih ditahan di pusat-pusat tahanan Zionis, termasuk 16 wanita dan 250 kanak-kanak. Sepanjang musim panas baru lalu, seramai lebih 2,000 orang ditangkap apabila berlakunya ketegangan di Tebing Barat dan wilayah Gaza yang terkepung.

Tahanan Palestin dilaporkan mengalami berbagai bentuk masalah kesihatan, namun mereka dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang diperlukan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts