LONDON, 12 Jun 2017 (MEMO) — Timbalan Menteri Luar Zionis, Tzipi Hotovely, mendesak PBB supaya menghentikan penggunakan perkataan “penjajahan” bagi merujuk kepada kawalan rejim Zionis ke atas tanah Palestin.
Beliau mendakwa perkataan tersebut merupakan satu propaganda Palestin, dan rejim Zionis tidak pernah menjajah mana-mana negara. “Sebagai bukti, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 “Israel” membebaskan al-Quds dan Tebing Barat,” dakwa Hotovely.
Menurut beliau lagi, apabila perkataan “penjajahan” tidak lagi digunakan, PBB akan dapat memulih semula kepercayaan ramai ke atasnya sebagai institusi yang ditubuh untuk menegak keadilan dan memperjuang kebenaran.
#50YearsOccupation