Zionis enggan bebaskan tahanan termuda di dunia

AL-QUDS, 6 Apr 2016 (MEMO) — Sebuah mahkamah majistret Zionis semalam enggan membebaskan tahanan kanak-kanak Palestin Ali Alqam, 11 tahun, dengan menyifatkan beliau sebagai seorang pengganas.

Mahkamah sebaliknya mengarahkan Ali ditahan di sebuah rumah kebajikan sehingga mencapai usia 12 tahun. Undang-undang Zionis tidak membenarkan polis menahan atau menyoal siasat kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Dalam pada itu, sebutan pertuduhan membunuh ke atas Muawiya Alqam, 14 tahun, akan dibuat pada 14 April ini. Muawiya kini ditahan di penjara Megiddo.

Muawiya dan Ali Alqam, dari kem pelariah Suafat, ditangkap Oktober tahun lalu selepas dituduh menikam seorang pengawal keselamatan Zionis di al-Quds. Ali cedera ditembak oleh polis Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts