Zionis enggan henti bekal senjata kepada junta tentera Myanmar

AL-QUDS, 26 Sep 2017 — Rejim Zionis enggan menghentikan jualan senjata kepada junta tentera di Myanmar, walaupun laporan PBB telah mengesahkan berlakunya pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan serta pengusiran secara sistematik terhadap penduduk minoriti Rohingya.

Merujuk kepada satu petisyen para aktivis kemanusiaan di Mahkamah Tinggi Keadilan, wakil rejim Zionis Shosh Shmueli berkata bahawa mahkamah tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan hubungan luar rejimnya.

Pada bulan September 2015, komander tentera Myanmar Jen. Min Aung Hlaing telah mengunjungi Ketua Staff Zionis Lt. Jen. Gadi Eisenkot dan beberapa syarikat industri perang. Manakala ketua Direktorat Kerjasama Pertahanan Antarabangsa Zionis, Brig. Jen Michel Ben Baruch telah membuat lawatan ke Myanmar pada musim panas 2016 dan berjumpa dengan ketua-ketua tentera junta.

Syarikat keteteraan Zionis, TAR Ideal Concept, tahun lalu melaporkan mereka telah melatih pasukan khas tentera junta Myanmar di wilayah Rakhine.

Selain senjata ringan dan bot tentera laut, rejim Zionis telah membekalkan lebih 100 buah kereta kebal kepada Myanmar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts