Zionis enggan roboh rumah pembunuh Abu Khudair

AL-QUDS, 16 Jun 2016 (PIC) — Tentera Zionis enggan memenuhi desakan keluarga almarhum Abu Khudair supaya rumah pendatang Yahudi yang membunuh anaknya dua tahun lalu itu dirobohkan.

Kenyataan Kementerian Perang Zionis pagi ini mendakwa keputusan mereka adalah wajar kerana serangan penduduk Palestin ke atas Yahudi adalah jauh lebih banyak berbanding dengan serangan pendatang Yahudi ke atas penduduk Palestin.

Tentera Zionis memusnahkan rumah keluarga penduduk Palestin yang menjadi suspek menyerang Yahudi, namun enggan berbuat demikian ke atas pendatang Yahudi yang melalkukan jenayah kejam ke atas penduduk Palestin.

Remaja Abu Khudari dipukul dan dibakar hingga meninggal dunia oleh sekumpulan pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts