Zionis gantung arahan serahkan jenazah yang ditahan

BEIT LAHM, 24 Mei 2016 (Maan) — Menteri Keselamatan Awam Zionis Gilad Erdan hari ini mengumumkan arahan kepada pihak polis supaya menggantung proses penyerahan jenazah penduduk Palestin yang ditahan, kononnya kerana pihak keluarga mangsa melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau mendakwa upacara pengkebumian jenazah Alaa Abu Jamal di al-Quds Timur, yang ditahan selama lebih tujuh bulan, dihadiri oleh terlalu ramai penduduk sedangkan pihak rejim menghadkan hanya seramai 40 orang. Erdan turut menuduh para hadirin cuba menghasut dengan melaungkan takbir dan slogan lazim Arab seperti “dengan jiwa, dengan darah, kami korbankan untukmu wahai Syuhada.”

Peguam pertubuhan d-Dameer, Mohammad Mahmoud, bagaimanapun menyangkal dakwaan Erdan. Beliau menjelaskan hanya 50 ahli keluarga menyertai upacara pengkebumian di tanah perkuburan. Manakala penduduk yang lain hanya berkumpul di kawasan sekitar dan mengerjakan solat jenazah di masjid, dan tidak pernah cuba mendekati kawasan taah perkuburan. “Erdan bahkan sedang berada di luar negara, dan dia cuba untuk mengenakan ebih banyak lagi hukuman ke atas keluarga mangsa,” kata Mohammad.

Awal bulan ini, Mahkamah Agung Zionis mengarahkan supaya sembilan jenazah penduduk Palestin yang ditahan oleh rejim diserahkan kepada keluarga mereka. Setakat ini hanya tiga daripada mereka telah diserahkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts