Zionis Hadkan Bilangan Pendatang Yahudi Yang Dibenar Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 23 Nov 2015 (PIC) — Polis Zionis memutuskan untuk menghadkan bilangan pendatang Yahudi yang dibenarkan masuk menceroboh ke dalam Masjid Al-Aqsa, sebagai langkah mengendurkan kemarahan umat Islam. Mulai Isnin depan, hanya 45 orang pendatanag akan dibernarkan menceroboh masuk pada waktu pagi, dan 15 lagi pada waktu petang.

Pihak berkuasa mendakwa mereka cuba mengurangkan konfrontasi di kalanagn para jemaah, namun ramai yang berpendapat bahawa pihak rejim sendiri tidak mampu memberi perlindungan kepada pendatang berikutan kempen Intafadah Al-Quds yang semakin memuncak.

Langkah tersebut juga dilihat sebagai tindakan diplomasi untuk menjayakan rancangan membahagikan masjid suci itu di antara kaum Yahudi dan umat Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts