Zionis halang 21 projek membaik pulih Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 22 Dis 2015 (PIC) — Rejim Zionis telah menghalang perlaksanaan sekurang-kurangnya 21 projek untuk membaik pulih Masjid Al-Aqsa.

Kenyataan Jabatan Wakaf Al-Quds menyebut bahawa pihak rejim menghalang kemasukan bahan pembinaan, sekaligus menghentikan projek pemulihan yang sedang berjalan. Menurut Jabatan Wakaf, pihak Zionis sebaliknya memberi laluan kepada pelampau Yahudi untuk menceroboh masuk ke dalam masjid suci umat Islam itu sebagai langkah provokasi untuk membahagikan kawasannya di antara kaum Yahudi dan umat Islam.

“Setiap inci daripada 144 dunum kawasan suci ini adalah hak umat Islam sahaja,” tegas kenyataan tersebut sebagai membantah tindakan tidak sah rejim Zionis menghalang kerja-kerja membaik pulih.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts