Zionis halang jurnalis masuk Gaza dengan membawa pakaian kalis peluru

GAZA, 19 Apr 2016 (Maan) — Jawatankuasa jurnalis Palestin di Gaza mendedahkan bahawa rejim Zionis melarang jaket kalis peluru dibawa masuk ke Gaza.

Beberapa kumpulan jurnalis antarabangsa sebelum ini cuba membawa masuk jaket dan topi kalis peluru ke Gaza bagi menjalankan tugas mereka dengan selamat dan profesional, tetapi pihak rejim tetap menghalang.

Jawatankuasa tersebut menyeru Persekutuan Junalis Antarabangsa, UNESCO, Reporters Wihthout Borders dan beberapa pertubuhan lain memberi tekanan ke atas rejim Zionis supaya mematuhi kelaziman amalan antarabangsa.

Israeli Coordinator of Government Activities in the Territories (COGAT) mendakwa bahawa jaket kalis peluru adalah alat dua-guna, di mana kemasukan bahan tersebut ke Gaza perlu diperiksa oleh pihak keselamatan Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts