AL-KHALIL, 1 Mac 2017 (PIC) — Kementerian Wakaf Palestin mengesahkan bahawa rejim Zionis telah menghalang laungan azan di Masjid Ibrahimi sebanyak 44 kali sepanjang bulan Februari baru lalu, atas alasan ianya mengganggu para pendatang Yahudi.
Sepanjang tempoh yang sama, tentera Zionis terus membina sekatan-sekatan di seluruh kota al-Khalil bagi tujuan menghalang para jemaah daripada menuju ke masjid bersejarah itu. Sebanyak 95 kes serangan ke atas para jemaah telah berlaku dalam tempoh tersebut.