Zionis Halang Pelajar Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 11 Ogos 2015, (Silwanic) — Tentera Zionis menangkap seorang wanita dan pelajar Palestin di pintu masuk Masjid Al-aqsa ketika para pelajar yang dijadualkan mengikuti kem musim panas dihalang daripada memasuki masjid.

Wadi Hilweh Information Center melaporkan bahawa polis Zionis memasang sekatan dan menghalang hampir 300 pelajar daripada memasuki masjid, di samping mengejar dan cuba menakutkan mereka. Pada masa yang sama, polis turut mengedarkan senarai nama beberapa orang wanita Palestin yang dilarang memasuki kawasan masjid.

Ketegangan berterusan di sekitar masjid, terutama di Pintu al-Asbat di mana para pelajar berkumpul dan juga Pintu Al-Silsileh dilalui oleh kumpulan pendatatang Yahudi yang keluar dari menceroboh masuk ke masjid.

Polis Zionis menangkap Siham Odeh atas tuduhan “menggigit seorang askar wanita”, manakala Mohamad Murad Bayya’, 13 tahun, ditangkap atas alasan membaling telur ke arah tentera Zionis. Mereka berdua dibawa ke sebuah stesen polis berdekatan Pintu Al-Silsileh.

Sementara itu, penjaga masjid Mouayad Hashimeh mengalami kecederaan di bahagian tangan semalam selepas diserang oleh polis sempadan Zionis ketika beliau bertugas menjaga masjid suci umat Islam itu. Tentera Zionis menangkap dan memukul Mouayad sehingga tangannya patah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts