Zionis Halang Pemasangan Kamera Keselamatan Di Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 26 Okt 2015 (Maan) — Polis Zionis menghalang usaha Jabatan Wakaf untuk memasang kamera keselamatan di sekitar Masjid Al-Aqsa. Jabatan Wakaf merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelengaraan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

Ketua Jabatan Wakaf, Sheikh Azzam al-Khatib, melaporkan bahawa petugas masjid telah mula memasang kamera keselamatan di Pintu Moroko hari ini. Bagaimanapun, sebelum mereka sempat menyiapkan semua kerja pemasangan, pegawai polis Zionis menghalang mereka meneruskan kerja serta membuang semula semua kamera yang telah dipasang.

Pemasangan tersebut dibuat berikutan persetujuan yang dibuat oleh Zionis, Amerika dan Jordan dalam satu mesyuarat di Amman bagi memasang kamera keselamatan di seluruh kawasan masjid untuk mengurangkan ketegangan yang semakin menular ke seluruh wilayah Palestin. Persetujuan tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Nagara Amerika, John Kerry, selepas satumesyuarat bersama Benjamin Netanyahu dan Raja Abdullah II.

Jabatan Wakaf mengutuk tindakan campur tangan polis Zionis, dan mendakwa rejim hanya mahu pemasangan kamera yang dapat memberi kelebihan kepada mereka, bukan untuk mencari kebenaran dan keadilan.

Pencerobohan pelampau Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa dengan dilindungi ketat oleh pihak bersenjata Zionis dan tindakan mereka menghalang orang Islam memasuki masjid itu mencetus ketegangan ke seluruh wilayah Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts