Zionis halau keluarga Palestin, jadikan rumah sebagai pos tentera

BEIT LAHM, 14 Ogos 2016 (Maan) — Tentera Zionis menghalau keluar keluarga Muhammad Sbeih dari rumah mereka di perkampungan Marmala petang semalam untuk dijadikan sebagai sebuah pos tentera.

Rumah dua tingkat tersebut dipecah masuk dan digeledah, di mana pihak tentera merampas kunci dan meninggalkan 10 ahli keluarga Palestin itu tanpa tempat berteduh.

Rumah tersebut akan digunakan sebagai pos tentera, kononnya untuk menghalang pemuda Palestin membaling batu ke arah pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts