Zionis haramkan 4 warga al-Quds memasuki al-Aqsa

AL-QUDS, 18 Apr 2016 (PIP) — Mahkamah Zionis di al-Quds Barat semalam megharamkan empat warga emas al-Quds dari memasuki Masjid al-Aqsa selama 15 hari, sebagai syarat pembebasan mereka yang telah ditahan sejak enam hari lalu.

Jurucakap Persatuan Tahanan Palestin, Mufid al-Haj, menyatakan bahawa pihak pengadilan Zionis menghukum empat warga emas iaitu Marwan Hashlamon, 60, Anwar al-Qaq, 63, Jamal Netsha, 42, dan Jamal Akawi dengan tahanan dalam rumah selama tujuh hari dan denda sebanyak 500 shekel (RM520), serta menanda tangani dokumen jaminan bernilai 5,000 shekel. Mereka dituduh oleh pihak Zionis sebagai sebahagian daripada murabitun yang berjaga dalam Masjid al-Aqsa.

Sejak awal April, seramai 22 penduduk al-Quds yang diharamkam memasuki Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts