JENIN, 31 Ogos 2016 (PIC) — Rejim Zionis hari ini mengeluarkan keputusan mengharamkan Najwa Khanfar melawat suaminya Omar Sherif Khanfar di penjara Gurun Naqab selama setahun.
Najwa disekat ketika dalam perjalanan melawat suaminya setelah mendapat permit dari pihak berkuasa Zionis melalui pejabat Palang Merah di Jenin, namun sejurus tiba di sekatan Jalama permitnya dibatalkan dan beliau dimaklumkan tentang pengharaman tersebut.
Lebih satu per tiga keluarga tahanan diharamkan melawat keluarga mereka dalam penjara, atas alasan keselamatan.