Zionis Haramkan Pemimpin Gerakan Islam Masuk Al-Quds

AL-QUDS, 24 Nov 2015 (PIP) — Rejim Zionis semalam menyerahkan perintah tentera kepada dua pemimpin Gerakan Islam di wilayah Palestin 1948 yang terjajah, yang mengharamkan mereka memasuki kota Al-Quds selama tempoh enam bulan.

Syeikh Kamal Khatib dan Dr Sulaiman Ighbariah sejurus selepas menerima perintah tersebut menyebut, “Hari ini kami terima keputusan menghalang kami masuk kota Al-Quds selama enam bulan, setelah tamatnya tempoh pengharaman ke atas kami memasuki Al-Quds selama enam bulan… Bahkan keputusan tersebut dilampiri dengan peta kota Al-Quds, seolah-olah kami ini tidak mengenal kota Al-Quds.”

Sheikh Kamal menambah, “Kami katakan kepada kamu [rejim Zionis], tidak ada pencegahan bagi kami untuk berpergian, dan tidak ada pencegahan ke atas kami untuk masuk kota Al-Quds dan bersolat di Masjid Al-Aqsa. Tidak ada larangan ke atas Gerakan Islam. Bahkan semua ini, dan kejahatan-kejahatan kamu yang lebih besar lagi, tidak akan menghalangi kami untuk berkhidmat kepada Islam, membela Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, serta berkhidmat untuk rakyat Palestin.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts