AL-QUDS, 8 Dis 2015 (Maan) — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini mengeluarkan arahan mengharamkan seorang lelaki Palestin daripada memasuki kawasan Kota Lama Al-Quds untuk tempoh selama enam bulan.
Hijazi Abu Sbeih, 33 tahun, dihalang memasuki Kota Lama sedangkan di tinggal dan bekerja di situ. Beliau mulanya ditahan di dalam sebuah kedai di Jalan Salah al-Din di luar Pintu Damaskus, kemudian dibawa ke stesen polis Zionis di Russian Compound di mana beliau diberi arahan tersebut dan dibebaskan.
Hijazi mempunyai tiga orang anak berumur dari satu hingga lima tahun.