Zionis keluar amaran berjaga-jaga di sempadan Gaza

GAZA, 4 Mei 2016 (PIC) — Tentera Zionis pagi tadi mengebom dua buah menara pemerhati yang digunakan oleh mujahidin Briged al-Qassam di kejiranan Shujayya di Gaza City.

Para mujahidin bertindak dengan melepaskan tembakan peluru mortar ke arah sebuah buldozer tentera Zionis yang sedang meratakan di kawasan berdekatan. Media Zionis mendakwa dua peroda tentera menjadi sasaran dalam tembakan yang berlainan, namun tidak ada kecederaan.

Susulan insiden tersebut, rejim penjajah Zionis mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga di kawasan sempadan, di mana penduduk Yahudi diarahkan tidak keluar rumah kerana dibimbangi ketegangan akan berlarutan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts