Zionis kembali rosakkan tanah perkuburan Bab al-Rahma

BAITULMAQDIS, 21 Mei 2018 — Rejim Zionis hari ini meroboh sebahagian daripada tembok tanah perkuburan Bab al-Rahma yang terletak bersebelahan Masjid al-Aqsa.

Tentera Zionis mengiringi pekerja Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Zionis menyerbu tanah perkuburan Bab al-Rahma, dan memasang pagar besi sebagai persedian merampasnya.

Bab al-Rahma merupakan tanah perkuburan bersejarah di timur tembok Masjid al-Aqsa, di mana dua orang sahabat Rasulullah SAW disemadikan iaitu Ubadah bin Samit RA dan Shaddad bin Aus RA.

Pada tahun 2015, rejim Zionis telah mengumumkan rancangan membina laluan taman negara yang melibatkan sebahagian daripada tanah perkuburan itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts